Covid-19: Nigeria lulus vaksin Sinopharm untuk kegunaan kecemasan - Utusan Malaysia

Covid-19: Nigeria lulus vaksin Sinopharm untuk kegunaan kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Pihak berkuasa Nigeria meluluskan vaksin Covid-19 keluaran Sinopharm bagi tujuan kegunaan kecemasan.

Lapor Xinhua, langkah itu dibuat di tengah-tengah usaha untuk memerangi gelombang ketiga Covid-19 di negara tersebut.

Ketua Agensi Pembangunan Penjagaan Kesihatan Utama Negara, Faisal Shuaib berkata, Agensi Kebangsaan Pentadbiran dan Kawalan Makanan serta Ubat-ubatan (NAFDAC) mengesahkan vaksin Sinopharm untuk penggunaan kecemasan selepas melakukan penilaian akhir vaksin itu.

“NAFDAC meluluskan vaksin Sinopharm dan ia telah dilakukan tiga hari lalu.

“Vaksin Sinopharm juga mendapat pensijilan WHO, jadi ini merupakan vaksin yang berpotensi untuk digunakan,” katanya dalam sidang akhbar.

Minggu lalu, negara Afrika Barat memulakan fasa kedua program vaksinasi Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya