NEW YORK: Purata kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) sudah mencecah 645 kes sekali gus menunjukkan peningkatan dua kali ganda dalam tempoh dua minggu sejak Mei lalu.
Data itu dikumpul oleh Universiti Johns Hopkins dengan jangkitan harian dalam 66 peratus dalam tempoh sama, seperti tahap yang berlaku awal Februari lalu.
Disebabkan negara masih bergelut dengan varian Delta yang menyebabkan kes kematian baharu sejak pandemik Covid-19 berlaku 18 bulan lalu, pihak kerajaan dan pakar pendidikan mewajibkan pemakaian pelitup muka di sekolah.
Sementara itu, pesakit Covid-19 dalam lingkungan umur 30an memecah rekod baharu, apabila data menunjukkan sebilangan besar individu yang belum divaksin menerima jangkitan varian Delta.
Golongan doktor dan pakar epidemiologi menyifatkan kegagalan itu akibat sebilangan besar rakyat AS belum divaksin serta gaya hidup aktif di luar rumah.
Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) merekodkan bilangan kemasukan ke hospital bagi golongan dewasa berusia antara 30 hingga 39 tahun mencecah 2.5 daripada 100,000 orang. -AGENSI