Covid-19: CDC gesa rakyat AS elak kunjungi Perancis, Israel dan Thailand - Utusan Malaysia

Covid-19: CDC gesa rakyat AS elak kunjungi Perancis, Israel dan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menggesa warga AS agar tidak melakukan perjalanan ke Israel, Perancis, Thailand, Iceland dan beberapa negara lain.

Gesaan itu dibuat berikutan peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan di negara-negara tersebut.

CDC menyenaraikan negara tersebut dibawah tahap empat: tahap Covid-19 yang tinggi ketika kes jangkitan tersebar di seluruh dunia.

AS menyenaraikan Israel, Tebing Barat dan Gaza bersama beberapa negara serta wilayah lain termasuk Aruba dan Polinesia Perancis.

Jabatan Negara AS juga mengeluarkan nasihat perjalanan tahap empat yang melarang rakyatnya mengunjungi negara tersebut, selari bagi Iceland dan Perancis.

Bulan lalu, CDC menyuarakan kebimbangan mengenai Israel, Tebing Barat dan Gaza dengan meningkatkan amaran perjalanan ke tahap tiga.

Menurut CDC, pelancong yang masih belum menerima suntikan vaksin harus mengelak melakukan perjalanan untuk urusan tidak penting ke mana-mana negara tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya