SHEFFIELD: Seorang lelaki tidak menyangka cili yang ditanamnya mampu tumbuh sepanjang 18 inci, lapor The Sun.
Graham Barratt, 62, berjaya memecah rekod lamanya sebelum ini apabila cili itu lebih panjang 0.4 inci berbanding cili jenis Thunder Mountain Longhorn miliknya.
Graham yang mempunyai lima cucu pernah memenangi hadiah utama bagi tanaman sayur-sayuran sebelum ini, namun, belum pernah memecahkan rekodnya sendiri.
Dia yang berasal dari Abbeydale, Gloucs berkata, menanam sayur bersaiz besar kelihatan senang, namun, sebenarnya menuntut banyak usaha dan faktor seperti pemilihan biji cili, cuaca serta penjagaan supaya dapat membesar dengan baik.
“Ia menuntut banyak kerja tetapi saya sayangkan apa yang dilakukan ini kerana ia sangat menguntungkan.
“Membesarkan cili itu perasaannya seperti seorang bapa kerana ia ibarat seperti menjaga anak,” katanya.
Graham menanam cili itu sejak Januari lalu dan memantaunya setiap hari.
Sebelum ini, dia juga pernah meraih beberapa anugerah seperti buah labu terberat dengan 401 kilogram (kg), 2018, timun sepanjang 36 inci dan labu 397 kg tahun lalu.
Caption: CILI yang ditanam sejak Januari lalu tumbuh sepanjang 18 inci. -SWNS