China hantar pengintip korek rahsia UK - Utusan Malaysia

China hantar pengintip korek rahsia UK

POLIS bersiap sedia mengawal kemaraan peserta protes di Hong Kong pada September lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China semakin licik dalam cubaan mendapatkan rahsia keselamatan dengan menghantar ejen tidak aktif (sleeper cell)  sebagai pengintip ke United Kingdom (UK) menerusi skim visa penempatan semula baharu bagi pelarian Hong Kong. 

Sumber kerajaan UK mengesahkan ejen rahsia itu akan mencuba nasib membuat permohonan pasport Warganegara Britain Luar Negara (BNO)

Ejen tidak aktif akan menyusup masuk ke sesebuah negara sebelum tinggal dalam tempoh yang panjang. 

Mereka yang dilantik akan dikerahkan menjadi aset berpotensi dan bukannya melaksanakan misi dalam kadar segera. 

Pengintip rahsia ini tidak akan berkomunikasi dengan ejen lain atau mendapatkan maklumat, sebaliknya tinggal seperti biasa dengan mempunyai keluarga dan pekerjaan. 

Mereka hanya perlu menunggu arahan seterusnya dengan identiti baharu di negara sasaran.

Disebabkan itu, sumber memberitahu The Times, terdapat pemeriksaan latar belakang yang ketat dan lebih teliti bagi permohonan visa tersebut. 

Britain mengumumkan peraturan visa baharu bagi membolehkan 300,000 rakyat Hong Kong melarikan diri ke UK tahun lalu, selepas China melaksanakan undang-undang keselamatan yang penuh kontroversi. 

Perubahan tersebut membolehkan pemegang pasport BNO tinggal lebih lama dan membuat permohonan menjadi warganegara. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya