Cacing tanah gergasi Australia sepanjang 2 meter - Utusan Malaysia

Cacing tanah gergasi Australia sepanjang 2 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Lembah Sungai Bass di South Gippsland di tenggara negeri Victoria menjadi rumah kepada cacing tanah terbesar dunia yang panjangnya boleh mencecah sehingga dua meter.

Cacing tanah gergasi Gippsland atau Megascolides australis merupakan satu dari spesies cacing paling besar di dunia.

Spesies cacing itu boleh hidup dalam apa jua persekitaran tanah, sama ada di tanah pertanian ataupun tandus.

Cacing tanah gergasi mula ditemukan di Australia pada 1800-an apabila buruh binaan yang membuat landasan kereta api menemukannya secara tidak sengaja ketika menggali tanah.

Pada mulanya mereka menyangka cacing itu adalah ular dan memawa haiwan tersebut ke Universiti melbourne untuk diperiksa.

Hasil pemeriksaan mendapati ia merupakan cacing tanah yang bersaiz luar biasa.

Sejak itu, para saintis giat melakukan penyelidikan mengenai caing tersebut.

Rekod cacing tanah terbesar di dunia kini adalah spesies Microchaetus rappi dari Afrika Selatan dengan ukuran 6.7 meter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya