Britain mahu jadi kuasa tentera utama dunia - Utusan Malaysia

Britain mahu jadi kuasa tentera utama dunia

KAPAL HMS Queen Elizabeth kini berlayar di perairan Asia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kehadiran kapal perang Britain, HMS Queen Elizabeth di kawasan perairan Asia menunjukkan cita-cita besar United Kingdom (UK) untuk menjadi ‘watak utama’ dalam rancangan Amerika Syarikat (AS) menyekat China.

Lapor South China Morning Post, HMS Queen Elizabeth dan dua lagi kapal perang meninggalkan Britain dua bulan lepas dan kini dalam misi pelayaran sejauh 42,000 kilometer yang akan berterusan sehingga hujung tahun ini.

Pakar strategi peperangan di Beijing, Zhou Chenming berkata, misi tersebut menyebabkan jurang besar dalam sistem pertahanan di Eropah, di mana pasukan tentera diperlukan untuk memantau pergerakan tentera Rusia.

“Pelayaran kapal perang Britain ke Asia dilihat bermotifkan politik dan seharusnya mereka kukuhkan pertahanan untuk berdepan dengan Rusia,” katanya.

Penganalisis ketenteraan di Macau, Antony Wong Dong pula berpendapat, tindakan Britain itu bagi menonjolkan komitmen untuk bergabung dengan Jerman, Perancis dan Belanda yang menyokong AS untuk melaksanakan pelayaran bebas di Laut China Selatan.

Katanya, AS menerima sokongan Britain kerana Washington memahami pengaruh London di rantau Asia.

Selain itu, penyelidik Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Collin Koh berpandangan, apa yang dilakukan Britain ketika ini adalah untuk menjadikannya sebagai kuasa ketenteraan utama dunia, terutamanya selepas keluar dari Kesatuan Eropah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya