NEW YORK: Perkahwinan selama 27 tahun antara pengasas Microsoft, Bill dan Melinda Gates dilaporkan sudah berakhir secara rasmi, sejak hampir tiga bulan mereka mengumumkan perpisahan.
Dokumen perceraian pasangan itu sudah ditandatangani oleh hakim semalam dan berdasarkan maklumat yang tertera dalam dokumen tersebut, Melinda dikatakan tidak akan menukar nama akhirnya dan kekal sebagai Gates.
Kesemua harta sepencarian mereka akan dibahagikan mengikut persetujuan yang dicapai sebelum ini.
Pasangan itu juga tidak mempunyai tuntutan hak penjagaan anak memandangkan anak-anak mereka sudah dewasa.
Melinda dilaporkan menuntut perceraian dari Bill pada Mei lalu.
Bill dianggarkan mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$130 bilion (RM549.2 bilion) dan melinda dijangka memperoleh lebih AS$65 bilion (RM275 bilion) sebagai pampasan perceraian.
Sehari selepas Melinda mengemukakan tuntutan cerai, Bill menyerahkan saham bernilai AS$2 bilion (RM8.5 bilion) – AGENSI