Berhabis RM50,000 alih 450,000 lebah dari rumah - Utusan Malaysia

Berhabis RM50,000 alih 450,000 lebah dari rumah

SEBANYAK 450,000 ekor lebah dialihkan dari dalam dinding sebuah rumah di Pennsylvania, Amerika Syarikat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENNSYLVANIA: Sepasang suami isteri yang membeli sebuah rumah di sini terpaksa membelanjakan sebanyak AS$12,000 (RM50,697) untuk mengalihkan kira-kira 450,000 ekor lebah yang membuat sarang di dalam dinding rumah mereka.

Sara Weaver berkata, dia dan suaminya membeli rumah ladang di Skippack tanpa membuat sebarang pemeriksaan kerana ingin berpindah segera.

Katanya, mereka membeli rumah itu pada musim sejuk dan kebiasaannya lebah tidak aktif dalam musim tersebut, menyebabkan pasangan suami isteri itu tidak menyedari kehadiran seranggan berkenaan.

“Penjual ada memaklumkan mengenai lebah dalam dinding di rumah berkenaan, namun saya dan suami tidak mengendahkannya kerana kami tidak menemukan sebarang lebah ketika berpindah.

“Selain itu, kami terlalu gembira kerana akhirnya berjaya membeli rumah pada harga berpatutan sehingga tidak kisah dengan keadaan di dalamnya,” kata Sara.

Namun, keadaan berubah ketika musim bunga apabila suami isteri itu mula menemukan kawanan lebah di dalam rumah mereka dan jumlah serangga itu semakin banyak.

Sehubungan itu, Sara dan suaminya mengupah penjaga lebah untuk mengalihkan serangga tersebut dari dinding rumah mereka.

Penjaga lebah memaklumkan dia mengalihkan 450,000 ekor lebah dari tiga sarang dan semua serangga itu dipercaya sudah tinggal di dalam dinding rumah terbabit selama 35 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya