Beli peti sejuk terpakai, lelaki temukan wang RM400,996 - Utusan Malaysia

Beli peti sejuk terpakai, lelaki temukan wang RM400,996

SEORANG lelaki menemukan wang tunai bernilai RM400,996 di bawah peti sejuk terpakai yang dibeli dalam talian.– AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang lelaki di Korea Selatan terkejut selepas menemukan wang tunai bernilai 110 juta won (RM400,996) disembunyikan di bawah peti sejuk terpakai yang dibelinya secara dalam talian.

Lapor portal UPI, polis sedang menjalankan siasatan untuk menentukan sumber wang tersebut.

Menurut polis di Pulau Jeju, lelaki berkenaan membuat laporan pada 6 Ogos lalu.

Katanya, lelaki itu menemukan bungkusan wang tersebut dilekatkan di bahagian bawah peti sejuk ketika sedang membersihkannya.

Penyiasat berkata, mereka sedang mengenal pasti penjual peti sejuk itu dan sedang menyiasat individu yang terlibat dalam penghantaran peralatan itu.

Berdasarkan Akta Hilang dan Jumpa Korea Selatan, wang tersebut akan diberikan kepada individu yang menemukannya sekiranya pemilik sebenar gagal dikesan.

Jelas akta itu, wang berkenaan akan menjadi milik negara sekiranya didapati terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya