Bekas pengawal kem Nazi berusia 100 tahun bakal dibicara di mahkamah - Utusan Malaysia

Bekas pengawal kem Nazi berusia 100 tahun bakal dibicara di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seorang bekas pengawal kem tahanan Nazi yang berusia 100 tahun bakal menjalani perbicaraan di negara ini selepas didakwa terlibat dalam 3,518 kes pembunuhan.

Lapor BBC, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu didakwa membantu tentera Nazi melakukan pembunuhan tahanan secara besar-besaran di kem Sachsenhausen berhampiran Berlin antara tahun 1942 dan 1945.

Antara dakwaan terhadapnya termasuk membunuh tahanan dengan cara menembak dan menggunakan gas beracun.

Semalam, pihak pendakwa raya mengesahkan lelaki tersebut akan dibicara pada Oktober ini.

Jelas mereka, lelaki itu sudah pun menjalani pemeriksaan kesihatan berikutan usianya yang lanjut dan dia disahkan sihat untuk mengikuti perbicaraan selama dua setengah jam setiap hari.

Media tempatan melaporkan, ramai pihak lelaki itu dikenakan hukuman yang setimpal, walaupun dia sudah tua.

Perbicaraan lelaki itu dijangka yang terakhir melibatkan jenayah ketika era Nazi.

Kira-kira 200,000 orang ditahan di kem Sachsenhausen antara 1936 dan 1945.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya