Beg plastik berisi 'udara' majlis pelancaran album Kanye West dijual RM32,109 - Utusan Malaysia

Beg plastik berisi ‘udara’ majlis pelancaran album Kanye West dijual RM32,109

BEG plastik yang didakwa mengandungi udara ketika majlis pelancaran album baharu Kanye West di Atlanta, baru-baru ini. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Sebuah beg plastik yang didakwa berisi ‘udara’ ketika majlis pelancaran album terbaharu penyanyi rap Kanye West di Atlanta baru-baru ini, berjaya dijual pada harga AS$7,600 (RM32,109) menerusi platform eBay.

West baru-baru ini menganjurkan majlis pelancaran album baharunya yang berjudul DONDA di sebuah stadium di Atlanta.

Seorang daripada peminat fanatik penyanyi itu didakwa cuba mengambil kesempatan dengan melelong beg plastik yang kononnya ‘diisi dengan udara’ ketika majlis pelancaran itu berlangsung.

Peminat itu pada mulanya melelong beg plastik berkenaan di dalam eBay pada harga AS$3,330 (RM14,068) dan menunggu orang ramai membidanya.

Lelongan tersebut mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak yang mempersoalkan bagaimana mereka boleh buktikan bahawa terdapat udara dari Atlanda di dalam beg plastik tersebut.

Ada juga yang menyifatkannya sebagai tidak masuk akal dan peminat tersebut sengaja ingin mendapatkan duit dengan mudah.

Namun, beg plastik itu akhirnya terjual pada harga AS$7,600 selepas dibida oleh seorang pembeli.

Pada 2015, beg plastik yang didakwa mengandungi udara semasa konsert West pernah dijual pada harga AS$65,000 (RM274,576). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya