MOSCOW: Seorang terkorban dan 17 lagi cedera dalam insiden letupan melibatkan sebuah bas di Voronezh di barat Rusia.
Beberapa mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Timbalan Gabenor Voronezh, Sergei Sokolov memaklumkan, insiden itu tidak dikaitkan dengan kegiatan pengganas.
Lapor media tempatan, pemandu bas memberitahu, kenderaan tersebut membawa seramai 35 penumpang ketika letupan berlaku.
Kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan melalui perhentian berhampiran sebuah pusat beli-belah.
Video yang dirakam orang ramai dan dikongsi dalam media sosial menunjukkan bahagian bumbung bas itu musnah dengan tingkapnya berkecai.
Pihak berkuasa negara ini akan menyiasat insiden tersebut dengan menghantar pakar dari Moscow. – AFP