Banjir Venezuela ragut 20 nyawa - Utusan Malaysia

Banjir Venezuela ragut 20 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VENEZUELA: Sekurang-kurangnya 20 orang maut selepas hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh dan air sungai melimpah di Merida, yang terletak di barat negara itu.

Parti Sosialis yang memerintah negara membuat pengumuman menerusi televisyen mengenai angka kematian yang semakin meningkat dan pihak berkuasa sedang berusaha membaik pulih perkhidmatan telefon di beberapa kawasan terjejas.

Gabenor negeri, Ramon Guevara berkata, bencana menyebabkan lebih 1,200 kediaman musnah dan 17 orang dilaporkan masih hilang.

“Tolong jangan politikkan bencana yang berlaku. Mari bersama-sama mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah ini,” tegasnya.

Imej yang bertebaran dalam media sosial menunjukkan bangunan dan premis perniagaan dipenuhi lumpur dan tanah runtuh menyebabkan batu-batu bertaburan di sepanjang jalan.

Beberapa bandar turut terjejas termasuk Tovar, Bailadores, Zea dan Santa Cruz de Mora sehingga menyebabkan bekalan eletrik terputus akibat dilanda air banjir.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya