BANGKOK: Ribuan penunjuk perasaan yang menaiki kereta dan motosikal memenuhi jalan utama di sekitar Bangkok hari ini bagi meneruskan desakan menuntut Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha meletak jawatan kerana gagal menguruskan krisis Covid-19.
Thailand ketika ini bergelut dengan kes jangkitan yang tinggi iaitu dengan lebih 907,000 kes dan 7,551 jangkitan Covid-19.
Program vaksinasi yang didakwa perlahan menyaksikan kes jangkitan semakin tinggi.
Kumpulan penunjuk perasaan memenuhi tiga kawasan utama di Bangkok selepas bandar ini ‘sepi’ seketika susulan perintah kawalan pergerakan yang dilakukan.
“Sudah tiba masanya untuk Prayut letak jawatan. Kerajaan sudah jelas menunjukkan mereka tidak akan bertanggungjawab atas kematian rakyat,” kata seorang penunjuk perasaan.
Demonstrasi juga didakwa dirancang diadakan di Pattaya serta Chiang Mai.
Protes hari ini diadakan seminggu selepas penunjuk perasaan bertempur dengan polis sehingga memaksa pasukan keselamatan melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata bagi menyuraikan keadaan. – AFP