KAHERAH: Sebuah bakul anyaman berisi buah-buahan masih kelihatan elok sejak abad keempat sebelum Masihi yang ditemukan dalam runtuhan kota Thonis-Heracleion di pesisir pantai Mesir.
Lapor The Guardian, turut ditemukan adalah ratusan artifak seramik kuno dan khazanah gangsa.
Artifak dan barangan itu tidak tersentuh sejak kota itu hilang di bawah gelombang air semasa abad kedua sebelum Masihi.
Kemudian, ia ditengggelamkan lebih jauh pada abad kelapan sebelum Masihi akibat bencana alam yang dahsyat termasuk gempa bumi.
Ahli Arkeologi Marin Perancis, Franck Goddio terkejut dengan penemuan baharu itu dan menganggapnya sebagai sesuatu yang luar biasa kerana belum pernah disentuh sejak lebih 2,000 tahun.
Katanya, bakul bersejarah itu masih dipenuhi buah doum dan anggur.
Jelasnya, bakul itu berkemungkinan diletakkan dalam bilik bawah tanah sehingga menyebabkan ia mampu bertahan sehingga hari ini.
Thonis-Heracleion merupakan pelabuhan terbesar Mesir sejak berabad-abad di kepulauan Mediterranean sebelum Alexander The Great mendirikan Alexandria pada 331 sebelum Masihi.