ROM: Jenama fesyen mewah, Balenciaga mencuri tumpuan dunia apabila memperkenalkan koleksi baju sejuk dengan rekaan koyak rabak berharga AS$1450 (RM6,078).
Baju sejuk berkualiti tinggi yang direka itu sebenarnya menunjukkan pemakainya kelihatan sangat miskin atau seolah-seolah mereka terlepas daripada serangan haiwan liar.
Lapor Oddity Central, rekaan diberi nama Destroyed Crewneck dibuat daripada 100 peratus bulu asli dari Itali dan turut menyediakan saiz besar.
Rekaan itu mendapat kritikan ramai menerusi platform jualan dalam talian syarikat itu.
“Tahniah kerana berjaya menjual koleksi pakaian yang berusia 500 tahun,” kata seorang pengguna.