AstraZeneca paling berkesan cegah kemasukan hospital - Utusan Malaysia

AstraZeneca paling berkesan cegah kemasukan hospital

PENDUDUK menerima suntikan vaksin AstraZeneca di pusat vaksinasi sementara yang ditubuhkan di Dewan Bandaraya di Hull, timur laut England pada 7 Mei lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendapati vaksin Covid-19 AstraZeneca paling berkesan dalam dalam mencegah kemasukan ke hospital dan kematian akibat jangkitan virus itu.

Lapor Daily Mail, menurut pasukan penyelidik, daripada 3,000 penerima vaksin AstraZeneca, hanya 1.52 peratus atau 45 individu dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti Covid-19.

Malah, katanya, sebanyak 0.03 peratus atau seorang daripada 3,000 penerima yang mendapat dua dos vaksin dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Daripada jumlah 2,000 penerima vaksin Pfizer yang dijangkiti Covid-19 pula, sebanyak 1.99 peratus atau 40 individu dimasukkan ke hospital manakala 0.15 peratus atau tiga kematian dicatatkan.

Vaksin AstraZeneca menjadi tulang belakang pelaksanaan program vaksinasi Britain dengan kira-kira 25 juta penduduk sudah menerima suntikan tersebut.

Bagaimanapun, penerima vaksin AstraZeneca berusia bawah 40 tahun disarankan untuk menerima suntikan alternatif pada Mei lalu susulan kes darah beku yang jarang berlaku.

Pasukan penyelidik di Bahrain dan Universiti Columbia yang berpusat di New York menjalankan kajian itu antara Disember dan Julai lalu, yang diterbitkan sebagai pracetak.

Pasukan penyelidik turut memantau kes kemasukan hospital dan kematian dalam kalangan penduduk dijangkiti Covid-19 di Bahrain dan membandingkannya dengan jenis vaksin atau individu belum divaksin.

Kajian itu juga merangkumi vaksin Sinopharm dan Sputnik yang mana kedua-dua vaksin itu didapati kurang berkesan dalam mencegah kemasukan ke hospital berbanding di negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS). – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya