AS yakin ada lagi ancaman serangan pengganas di Kabul - Utusan Malaysia

AS yakin ada lagi ancaman serangan pengganas di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) kini semakin kesuntukan masa untuk mengeluarkan semua warga asing dan penduduk yang ingin meninggalkan Afghanistan, selain berisiko berdepan dengan beberapa lagi serangan pengebom bunuh diri.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 92 penduduk Afghanistan dan 13 anggota tentera AS maut dalam insiden tersebut.

White House menerusi kenyataan memaklumkan, tentera AS bakal berdepan dengan tempoh paling getir untuk mengeluarkan semua yang berkaitan menjelang hujung bulan ini.

Setakat ini, sebanyak 111,000 rakyat asing dan penduduk Afghanistan sudah dibawa keluar dari negara ini.

Jurucakap Pentagon, John Kirby berkata, AS percaya ‘ada lagi ancaman serangan’ terhadap lapangan terbang Kabul susulan kejadian pengebom bunuh diri semalam.

“Kami sudah bersedia dan menjangkakan ada lagi serangan selepas ini. Kami memantau keadaan setiap masa bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Presiden Joe Biden sebelum ini enggan melanjutkan tempoh pemindahan penduduk yang berakhir pada 31 Ogos ini.

Taliban juga sebelum itu memberi amaran supaya tidak melanjutkan tempoh tersebut atau AS dan sekutunya perlu menanggung sebarang akibat. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya