WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam memaklumkan junta tentera Myanmar ‘bermain dengan masa’ apabila memberi jaminan untuk mengadakan pilihan raya negara itu dalam tempoh dua tahun akan datang.
Menjelang sidang kemuncak ASEAN, ketua tentera Myanmar, Min Aung Hlaing berjanji untuk adakan pilihan raya negara itu pada Ogos 2023, iaitu melebihi garis masa yang diberikan ketika rampasan kuasa bermula Februari lalu.
Memetik sumber pegawai kanan AS, janji yang dikemukakan oleh Aung Hlaing itu menunjukkan ‘ASEAN perlu masuk campur kerana secara jelas Myanmar sengaja melengah-lengahkan masa’.
“ASEAN perlu harus terlibat dalam isu ini bagi menghentikan ‘permainan’ junta tentera Myanmar yang jelas mengambil kesempatan atas situasi yang berlaku di negara itu,” jelas sumber tersebut.
Dalam pada itu, Setiusaha Negara AS, Antony Blinken menggesa ASEAN melantik wakil Myanmar yang baharu.
Blinken dijangka menyertai mesyuarat secara maya bersama barisan menteri luar ASEAN pada minggu depan. – AFP