AS lepas tangan tanpa sokongan - Utusan Malaysia

AS lepas tangan tanpa sokongan

TENTERA Pakistan mengawal laluan di sepanjang pagar sempadan Pakistan-Afghanistan berdekatan pos kawalan Big Ben di wilayah Khyber Pakhtunkhwa. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Habis madu sepah dibuang. Itu perumpamaan paling sesuai buat Amerika Syarikat (AS) yang membiarkan nasib Afghanistan terkontang-kanting tanpa sebarang perlindungan terhadap ancaman Taliban.

Situasi itu lebih bertambah buruk dengan kenyataan bongkak pegawai kanan Pentagon yang menjelaskan nasib negara itu ditentukan sendiri oleh ‘tangan’ mereka.

Katanya, AS tidak mampu lakukan banyak perkara untuk menghalang serangan Taliban terhadap Afghanistan.

Ditanya sama ada Washington akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Afghanistan dalam berdepan serangan kumpulan militan, Jurucakap Pentagon, John Kirkby memberitahu wartawan: “Itu adalah perjuangan mereka sendiri.”

Jelasnya, dia menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan serangan Taliban dan menegaskan Presiden AS, Joe Biden komited mengakhiri penempatan tentera AS mengikut jadual.

Taliban dan kerajaan Afghanistan mengesahkan kumpulan itu menguasai lapan ibu kota wilayah di bahagian barat, utara dan selatan.

Malah, militan itu merancang menguasai lebih banyak kawasan daripada 34 wilayah di negara itu.

AS melancarkan beberapa serangan udara semasa Taliban berusaha meluaskan pengaruh mereka.

Namun, Pentagon melaporkan tiada sebarang arahan yang diterima untuk meningkatkan kawalan keselamatan udara.

Menurut Kirkby, AS berusaha menggunakan saluran diplomatik bagi menghentikan sebarang serangan.

Jurucakap Taliban, Muhammad Naeem Wardak memberi amaran terhadap AS sekiranya mengeluarkan sebarang aset bagi membantu tentera kerajaan Afghanistan.

BIDEN TAK MENYESAL

Dalam pada itu, Biden berkata, beliau langsung tidak menyesal dengan keputusan mengundurkan tentera dari Afghanistan sehingga menyebabkan Taliban mengambil kesempatan.

Beliau menggesa pemimpin negara itu bersatu dan berjuang untuk negara mereka sendiri.

Kekejaman dan keganasan semakin merebak di Afghanistan sejak AS menamatkan operasi ketenteraan selama 20 tahun.

Biden menjelaskan, AS memenuhi komitmennya terhadap Afghanistan dengan memberikan sokongan keselamatan di udara, membayar gaji tentera dan membekalkan makanan serta peralatan kepada tentera negara itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya