AS lancar serangan dron sasar dalang letupan di Kabul - Utusan Malaysia

AS lancar serangan dron sasar dalang letupan di Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam melancarkan serangan dron terhadap ‘perancang’ kumpulan Daesh yang dikenali sebagai Isis-K yang mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan pengebom bunuh diri di lapangan terbang Kabul kelmarin.

Jurucakap tentera AS, Bill Urban berkata, serangan dron tersebut berlaku di wilayah Nangarhar di Afghanistan dan siasatan menunjukkan sasaran terbunuh dalam insiden itu.

“Serangan tersebut tidak melibatkan kematian penduduk awam,” katanya.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 170 maut termasuk tiga wanita dan kanak-kanak selepas pengebom bunuh diri melancarkan serangan di Pintu Abbey di lapangan terbang tersebut.

Dalam pada itu, jurucakap Pentagon, John Kirby memaklumkan, terdapat ancaman serangan baharu yang akan dilancarkan oleh kumpulan militan tersebut dalam tempoh terdekat.

Sehubungan itu, tentera AS sentiasa memantau keadaan dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. – AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya