AS gagal hapuskan Taliban - Utusan Malaysia

AS gagal hapuskan Taliban

TENTERA Kebangsaan Afghanistan mengawal keadaan di sepanjang jalan semasa protes dengan Taliban yang semakin tegang di Herat. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Letupan bom kereta berdekatan rumah pemangku Menteri Pertahanan Afghanistan awal pagi kelmarin mengejutkan seluruh dunia.

Insiden itu berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Afghanistan menggesa penduduk berpindah ke bandar lain berhubung operasi terhadap Taliban.

Jurucakap Menteri Pertahanan, Fawad Aman berkata, letupan itu berlaku berdekatan rumah Bismillah Mohammadi yang mengorbankan empat penyerang militan itu.

Jelasnya, menteri itu tiada di rumah semasa kejadian dan keluarganya dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Situasi itu menggambarkan Taliban langsung tidak mempunyai belas kasihan terhadap orang awam dan pihak kerajaan pula terpaksa berdepan serangan dengan melakukan pengeboman.

Bantuan perubatan pula tidak mempunyai akses di kebanyakan tempat yang diserang, manakala, pusat kesihatan dan hospital tidak mempunyai kapasiti bagi menampung bilangan kematian yang semakin bertambah.

Beberapa fasiliti kesihatan hancur musnah dengan kemudahan lain tidak berfungsi

PENDUDUK DIARAH KOSONGKAN KEDIAMAN

Selasa lalu, Komando Tentera Afghanistan, Sami Sadat menggesa penduduk di Lashkar Gah meninggalkan rumah mereka kerana Taliban masih bergiat aktif di kawasan itu.

Sami yang mengetuai 215 Maiwand Corps berkata, pihak tentera akan bersiap sedia dengan serangan Taliban di Lashkar Gah.

Disebabkan itu, penduduk diarahkan berpindah bagi memastikan misi mereka berjaya.

“Kami tidak akan membiarkan Taliban hidup walau apa cara sekalipun. Saya hanya meminta penduduk dapat meninggalkan rumah mereka buat beberapa hari.

“Maafkan kami, jika boleh pindah secepat mungkin supaya pihak tentera dapat melakukan serangan di kawasan itu,” katanya.

Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA) melaporkan sekurang-kurangnya 40 orang awam terbunuh dan 118 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam lalu di daerah itu.

Human Rights Watch menyuarakan kebimbangan PBB berhubung serangan yang menggunakan mortar, roket, serangan udara, dan senjata letupan sehingga menyebabkan bencana kematian di Lashkar Gah.

AS TINGKAT SERANGAN

Amerika Syarikat meningkatkan serangan udara terhadap Taliban dalam usaha menghentikan kemaraan di Lashkar Gah, Herat dan Kandahar.

Taliban kini menguasai 13 daripada 16 daerah menurut Long War Journal iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang mengawasi penguasaan wilayah di Afghanistan.

Selasa lalu, Kementerian Pertahanan berkata, seramai 41 anggota Taliban terbunuh menerusi ‘operasi pembersihan bersama’ di pinggir Herat, sekali gus berjaya dibebaskan daripada pengganas Taliban.

Jurucakap Taliban pula mendakwa beberapa kawasan di Herat sudah jatuh di bawah penguasaan kumpulan itu kerana pasukan tentera Afghanistan sudah melarikan diri daripada pertempuran. -CNN/Agensi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya