AS dijangka beri dos penggalak vaksin Covid-19 September ini - Utusan Malaysia

AS dijangka beri dos penggalak vaksin Covid-19 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden merancang untuk memulakan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 kepada semua penduduk di negara ini seawal pertengahan atau hujung September.

Pegawai kesihatan dalam pentadbiran Biden menyatakan penduduk negara ini perlu mendapatkan suntikan dos tambahan dalam tempoh lapan bulan selepas melengkapkan dua dos pertama.

Lapor New York Times (NYT), pihak berkuasa kesihatan AS dijangka mengumumkan mengenai perkara tersebut dalam minggu ini.

Petugas perubatan dan penghuni rumah penjagaan warga emas menjadi golongan pertama yang akan menerima dos penggalak tersebut.

Pada minggu lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan vaksin keluaran Pfizer dan Moderna untuk digunakan sebagai dos penggalak kepada golongan yang mempunyai sistem imun lemah.

Selain itu, vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johson juga bakal diberi kelulusan untuk digunakan sebagai dos penggalak. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya