AS cadang penjualan senjata RM3.2b kepada Taiwan - Utusan Malaysia

AS cadang penjualan senjata RM3.2b kepada Taiwan

PENTADBIRAN Joe Biden cadang penjualan senjata bernilai RM3.16 billion kepada Taiwan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memaklumkan Kongres mengenai cadangan penjualan senjata bernilai AS$750 juta (RM3.2 bilion) kepada Taiwan.

Lapor CNN, perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap Jabatan Negara, dua sumber anggota Kongres dan berdasarkan notis pemberitahuan dari Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan.

Perjanjian itu merangkumi 40 unit artileri M109A6 Medium Self-Propelled Howitzer Systems dan peralatan berkaitan.

“Jika berjaya diluluskan maka jualan yang dicadangkan ini akan menyumbang kepada pemodenan aset ketenteraan Taiwan sekali gus memperkukuhkan keupayaan negara itu menghadapi ancaman semasa dan masa depan,” kata jurucakap itu.

Menurut seorang anggota Kongres, Pengerusi Hubungan Luar Senat, Robert Menendez sudah meluluskan perjanjian penjualan senjata itu sebagai sebahagian proses penilaian tidak rasmi.

Jelasnya, Menendez melihat perjanjian itu sebagai hasrat pentadbiran Biden mencapai strategi di Indo-Pasifik dan komitmennya untuk berdiri teguh bersama sekutunya, Taiwan.      

Pada Oktober tahun lalu, AS di bawah pemerintahan Donald Trump mengemukakan Kongres berhubung perancangan penjualan senjata bernilai AS$180 juta (RM759 juta) kepada Taiwan.

Pentadbiran itu sebelum ini pernah meluluskan beberapa penjualan senjata utama bernilai lebih AS$13 bilion (RM54.8 bilion) kepada Taiwan. 

Beijing mengecam penjualan senjata itu dengan menyifatkannya melanggar kedaulatan China. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya