AS cadang benarkan kemasukan pelancong asing sudah divaksin - Utusan Malaysia

AS cadang benarkan kemasukan pelancong asing sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) yang sudah lama menutup sempadannya kepada sebahagian besar negara di seluruh dunia akibat pandemik Covid-19 bercadang untuk membenarkan semula kemasukan pelancong asing yang sudah lengkap vaksinasi.

Menurut kenyataan White House, pentadbiran Presiden Joe Biden memaklumkan pihaknya menyedari kepentingan kemasukan pelancong luar dan bercadang sempadan dibuka semula untuk kemasukan pelancong antarabangsa dengan kaedah yang selamat.

“Kebenaran kemasukan pelancong asing ke negara ini akan dilakukan secara bertahap dan mereka perlu membuktikan sudah memperoleh vaksinasi Covid-19 yang lengkap.

“Rancangan ini menunjukkan evolusi signifikan kerajaan AS dalam menangani pandemik Covid-19,” jelas kenyataan itu.

Namun, White House tidak memaklumkan bila kemasukan itu akan dibenarkan.

AS sebelum ini melarang kemasukan pelancong dari Kesatuan Eropah (EU), Britain, China dan Iran selama lebih setahun susulan Covid-19, sebelum menambah senarai larangan kemasukan melibatkan India dan Brazil. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya