AS, Britain dan Australia beri amaran jauhi lapangan terbang Kabul - Utusan Malaysia

AS, Britain dan Australia beri amaran jauhi lapangan terbang Kabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada orang ramai yang memenuhi lapangan terbang Kabul supaya meninggalkan kawasan tersebut ketika Britain dan Australia bimbang jika berlaku serangan pengganas.

Ketiga-tiga negara itu menggesa supaya orang ramai beredar dari lapangan tersebut dan mendapat perlindungan di tempat yang selamat.

Selama beberapa hari, ribuan penduduk Afghanistan dan rakyat asing memenuhi kawasan lapangan terbang antarabangsa Hamid Karzai bagi meninggalkan negara ini.

Ketiga-tiga negara tersebut menerusi kenyataan memaklumkan terdapat ‘ancaman besar’ untuk berlakunya serangan pengganas.

“Jangan menghampiri kawasan lapangan terbang itu, Jika anda di sana, beredar segera dan pergi ke lokasi yang selamat,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Australia.

London turut mengeluarkan amaran serupa yang menggesa rakyatnya tidak mendekati kawasan lapangan terbang Kabul.

AS dan negara sekutu bertungkus-lumus mengeluarkan semua rakyatnya dari negara ini selepas Presiden Joe Biden putuskan untuk tidak melanjutkan tempoh pemindahan.

Taliban juga sebelum ini memberi amaran kepada AS supaya tidak melanjutkan tempoh tersebut yang dipersetujui sehingga hujung bulan ini. – AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya