Angka korban kebakaran hutan Algeria meningkat 65 orang - Utusan Malaysia

Angka korban kebakaran hutan Algeria meningkat 65 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALGIERS: Sekurang-kurangnya 65 orang termasuk 28 tentera yang dikerahkan untuk membantu anggota bomba maut dalam insiden kebakaran hutan di utara Algeria.

Lapor BBC, kebakaran yang berlaku di wilayah Kabylie merupakan bencana terburuk dalam sejarah negara ini.

Pihak berkuasa turut mendakwa kebakaran itu ada kaitan dengan perbuatan jenayah.

Presiden Abdelmadjid Tebboune mengisytiharkan tempoh tiga hari berkabung bagi mangsa maut dalam kebakaran itu.

Sebanyak 69 kebakaran berlaku sejak semalam di tengah-tengah gelombang haba yang melanda seluruh Afrika Utara.

Kebakaran itu diburukkan lagi dengan angin kencang dan keadaan kering.

Di wilayah Tizi Ouzuo, ramai penduduk berpindah untuk menyelamatkan diri dan banyak kediaman mereka juga musnah dalam kebakaran tersebut.

Dilaporkan, beberapa individu yang disyaki mencetuskan kebakaran itu telah ditahan namun pegawai tidak mendedahkan maklumat lanjut.

Bantuan kecemasan telah diperluaskan dan Algeria sedang mencapai perjanjian dengan Eropah untuk menyewa pesawat pemadam kebakaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya