Angka korban banjir Turki meningkat 77 orang, puluhan masih hilang - Utusan Malaysia

Angka korban banjir Turki meningkat 77 orang, puluhan masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOZKURT: Seramai 77 orang maut dan sekurang-kurangnya 40 lagi masih hilang di Turki selepas banjir kilat melanda wilayah Laut Hitam, minggu lalu.

Angka kematian semakin meningkat hujung minggu lalu ketika pasukan penyelamat mencari mangsa di bawah serpihan yang ditinggalkan air surut di kawasan paling teruk dilanda.

Menurut agensi perkhidmatan kecemasan dan bencana, lebih 30 kampung terputus elektrik dan beberapa kawasan tiada bekalan air.

Pasukan kecemasan mewujudkan pusat panggilan sementara untuk membantu melancarkan komunikasi.

Bencana itu menjejaskan hampir seluruh wilayah utara Turki ketika negara itu baharu sahaja mengawal ratusan kebakaran hutan yang mengorbankan lapan orang dan memusnahkan kawasan hutan di sepanjang pantai selatan.

Sabtu lalu, lima anggota tentera Rusia dan tiga warga Turki maut selepas pesawat pemadam kebakaran Rusia Be-200 yang dinaiki mereka terhempas di zon pergunungan terpencil di bahagian selatan.

Menurut saintis, bencana seperti kebakaran hutan dan bnajir semakin kerap berlaku disebabkan pemanasan global. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya