OUAGADOUGOU: Insiden serangan terhadap konvoi tentera yang mengiringi orang awam di Burkina Faso mengakibatkan 80 orang maut.
Menurut pihak berkuasa, daripada jumlah individu terkorban, seramai 65 merupakan orang awam dan 15 anggota polis.
Sebelum ini, angka kematian akibat serangan itu adalah seramai 49 orang.
Sehari selepas serangan itu, Menteri Komunikasi serta jurucakap Kerajaan, Ousseni Tamboura mengesahkan seramai 65 orang awam maut dalam serangan tersebut. – AFP