Anggota polis ditembak sampai mati di hentian bas Pentagon - Utusan Malaysia

Anggota polis ditembak sampai mati di hentian bas Pentagon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang anggota polis terbunuh dan beberapa anggota lain cedera selepas serangan di luar Pentagon sehingga bangunan tersebut terpaksa ditutup.

Agensi Pasukan Perlindungan Pentagon berkata, anggota polis dibunuh di hentian bas awam di luar bangunan Arlington, Virginia, namun, punca kematian masih dalam siasatan.

Ketua Polis Pentagon, Woodrow Kusse menolak sebarang spekulasi mengenai motif serangan atau sama ada penyerang sudah ditahan.

Katanya, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut membantu melakukan siasatan.

Menteri Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin memerintahkan bendera dipasang separuh tiang di Pentagon Reservation sebagai penghormatan terhadap pemergian anggota polis.

Katanya, ibu pejabat ketenteraan AS turut dikenakan perintah berkurung buat sementara waktu.

“Pentagon dikenakan perintah berkurung susulan insiden yang berlaku di Pentagon Transit Centre. Kami meminta orang ramai mengelakkan berada di kawasan ini,” jelasnya. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya