Angela Merkel tewaskan enam pemimpin Eropah - Utusan Malaysia

Angela Merkel tewaskan enam pemimpin Eropah

ANGELA MERKEL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Selepas 16 tahun menjadi Canselor Jerman, Angela Merkel masih berada di kedudukan teratas dalam tinjauan kadar penerimaan melibatkan lima negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Tinjauan yang dijalankan sejak 9 Julai hingga 10 Ogos lalu melibatkan lebih 1,000 responden dari negara terlibat.

Lapor The Guardian, laman web tinjauan, YouGov mendapati responden mempunyai pandangan positif dalam soal selidik melibatkan enam negara itu.

Beliau memperoleh skor markah +61 di Sepanyol, +49 di Perancis dan +30 di Jerman.

Tinjauan di Itali, AS dan UK bagaimanapun menyaksikan markah positif agak sedikit iaitu +23, +17 dan +15.

Merkel disifatkan sebagai pemimpin wanita paling berkuasa dan pemimpin de facto di Kesatuan Eropah.

Beliau mempunyai sifat berhati-hati, pragmatik dan komited dalam menguruskan ekonomi Jerman.

Penilaian itu dibuat berdasarkan pengurusan ekonomi, meningkatkan reputasi Jerman di luar negara dan impak terhadap penduduk negara itu.

Malah, tindakan beliau menangani perubahan iklim dan tindak balas terhadap krisis Covid-19 turut mendapat penilaian yang baik.

Canselor veteran itu akan meletakkan jawatan bulan depan selepas empat penggal mentadbir negara sejak 2005 dan mempunyai pengalaman bekerja dengan empat presiden AS dan Perancis, lima Perdana Menteri Britain dan lapan ketua Kerajaan Itali.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya