American Airlines tidak hidang minuman alkohol dalam pesawat - Utusan Malaysia

American Airlines tidak hidang minuman alkohol dalam pesawat

AMERICAN Airlines tidak akan hidang minuman beralkohol dalam penerbangan sehingga Januari tahun depan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Syarikat penerbangan American Airlines memaklumkan pihaknya tidak akan menghidangkan minuman beralkohol dalam penerbangannya sehingga 18 Januari 2022.

“Kami akan cuba lakukan apa yang  boleh untuk mewujudkan suasana selama bagi kru dan penumpang penerbangan,” jelas syarikat tersebut menerusi satu memo kepada semua petugasnya.

American Airlines sudah pun menghentikan sementara hidangan alkohol di kabin utama penerbangan pada awal musim panas ini, namun bercadang untuk memulakan semula servis itu apabila mandat pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam bakal berakhir.

Bagaimanapun, Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan pada Selasa lalu mengumumkan, hidangan minuman beralkohol akan terus dihentikan sehingga 18 Januari tahun depan bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Kes jangkitan koronavirus di negara ini meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu lalu susulan penularan varian Delta.

Selain itu, syarikat penerbangan tersebut juga memaklumkan pihaknya ‘memperoleh sokongan’ untuk melarang penjualan alkohol di sejumlah lapangan terbang.

Langkah itu sebahagian daripada usaha Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) untuk mengurangkan kesalahan penumpang pesawat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya