NEW YORK: Amazon.com Inc menetapkan semua pekerja di Amerika Syarikat (AS) memakai pelitup muka di tempat kerja tanpa mengira sebarang status vaksinasi mereka.
Arahan itu dikeluarkan susulan peningkatan jangkitan varian Delta yang melanda negara.
Kebanyakan syarikat di seluruh AS memperketatkan peraturan di tempat kerja mereka bagi mengelak penularan varian baharu Covid-19.
Agensi Kesihatan AS turut menegaskan individu yang sudah menerima suntikan vaksin memakai pelitup muka.
Jurucakap Amazon berkata, pihaknya memantau rapat situasi semasa dan akan mematuhi peraturan kerajaan tempatan secara berterusan.
“Kita juga akan bekerja rapat dengan pakar perubatan profesional, mendengar nasihat mereka dan cadangan supaya premis syarikat berada dalam keadaan selamat bagi semua pekerja,” katanya. -REUTERS