BRUSSELS: Ketua Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen hari ini memaklumkan sebanyak 70 peratus penduduk dewasa di blok tersebut sudah menerima vaksinasi lengkap.
Leyen memaklumkan perkara itu menerusi rakaman video yang disiarkan secara dalam talian.
“Hari ini, kita memperoleh satu lagi perkembangan positif dalam program vaksinasi Covid-19.
“Sebanyak 70 peratus penduduk dewasa di EU sudah menerima vaksinasi lengkap,” katanya.
Kejayaan itu secara tidak langsung mencapai sasaran yang dianggarkan sebelum ini.
Pada Januari lalu, EU menyasarkan 70 peratus penduduk dewasa akan menerima vaksinasi lengkap pada musim panas ini. – AFP