33 maut trak bawa bahan api bertembung bas di Congo - Utusan Malaysia

33 maut trak bawa bahan api bertembung bas di Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMA: Sekurang-kurangnya 33 orang maut selepas sebuah trak yang membawa muatan bahan api bertembung dengan bas sesak dengan penumpang di Republik Demokratik Congo pada hujung minggu lalu.

Polis tempatan, kapten Antoine Pululu berkata, pertembungan dua kenderaan itu mencetuskan kebakaran sehingga mengorbankan mangsa pada malam Sabtu di bahagian barat Congo.

Seorang lagi sumber polis memberitahu beberapa mayat juga musnah akibat kebakaran tersebut.

Tambahnya, mayat yang ditemukan telah dikebumikan semalam.

Kejadian kebakaran itu berlaku berhampiran kampung Kibuba di sepanjang Laluan Nasional 1, kira-kira 80 kilometer (km) dari Kinshasa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya