24 diplomat Rusia diarah tinggalkan AS menjelang September ini - Utusan Malaysia

24 diplomat Rusia diarah tinggalkan AS menjelang September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Duta Rusia ke Amerika Syarikat (AS) memaklumkan Washington mengarahkan kesemua 24 diplomat Rusia meninggalkan negara itu menjelang 3 September ini selepas visa tamat tempoh.

Anatoly Antonov tidak memaklumkan jika tindakan AS itu diambil berikuta pertikaian tertentu.

Beliau menyatakan, kesemua diplomat akan pulang ke negara ini tanpa sebarang penggantian.

Hal ini kerana, Washington secara tiba-tiba mengetatkan prosedur pengeluaran visa.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price memberitahu, Washington tidak menggunakan visa para diplomat Rusia untuk ‘menentang’ Moscow.

Katanya, kenyataan Antonov adalah ‘tidak tepat’.

“Perkara ini (visa tamat tempoh) bukanlah satu isu baharu dan kesemua permohonan visa itu akan diteliti satu demi satu mengikut keperluan,” katanya.

Hubungan Moscow dan Washington tegang berikutan beberapa isu dan semakin buruk selepas Presiden Joe Biden percaya Presiden Vladimir Putin adalah ‘pembunuh’. – REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya