21 maut serangan di barat laut Nigeria - Utusan Malaysia

21 maut serangan di barat laut Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANO: Seramai 21 orang maut dan 13 cedera dalam dua serangan di barat laut Nigeria pada hujung minggu lalu.

Serangan itu merupakan insiden keganasan terbaharu yang berlaku di wilayah yang bergolak itu.

Kawasan di barat laut dan tengah Nigeria berdepan dengan keganasan antara pengembala dan petani berhubung akses bekalan air dan padang rumput ternak selain diserbu oleh kumpulan penjenayah yang menyerang kampung, mencuri lembu dan menculik bagi tebusan.

Pesuruhjaya keselamatan wilayah, Samuel Aruwan berkata, sembilan penduduk terbunuh ketika sekumpulan individu tidak dikenali menyerang kampung Ungwan Dooh di daerah Zangon Kataf di wilayah Kaduna pada Ahad lalu.

Perkampungan ini terletak di kawasan dilanda pergaduhan antara pengembala dan petani.

“Setakat ini, sembilan mayat ditemukan selepas pencarian di seluruh kampung itu.

“Seorang penduduk cedera ditembak dan sedang menerima rawatan di hospital. Dua rumah terbakar dalam serangan itu,” kata Aruwan dalam kenyataan.

Jelas beliau, pasukan tentera sedang melakukan serbuan di kawasan itu untuk mencari kumpulan penyerang tersebut.

Sementara itu, polis berkata, seramai 12 orang terbunuh dan 12 cedera dalam satu serangan di kampung Duba di wilayah Katsina pada Sabtu lalu.

Katanya, ratusan anggota kumpulan penjenayah menyerang dengan menggunakan motosikal.

“Kumpulan penjenayah memasuki kampung itu, kira-kira 300 anggota yang membawa senapang mesin dan roket pelancar bom tangan (RPG) menyerbu kampung tersebut.

“Mereka juga memecah masuk kedai dan merompak barangan,” kata jurucakap polis wilayah Katsina, Gambo Isah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya