2 lelaki Myanmar diberkas rancang bunuh duta - Utusan Malaysia

2 lelaki Myanmar diberkas rancang bunuh duta

PENUNJUK perasaan di Yangon melakukan demonstrasi membantah rampasan kuasa berlaku di Myanmar. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Dua warganegara Myanmar ditahan di bandar ini kerana merancang dengan pembekal senjata di Thailand untuk membunuh Duta Myanmar di Amerika Syarikat (AS), Kyaw Moe Tun.

Moe Tun yang mewakili Myanmar semasa pemerintahan kerajaan sivil yang ditumbangkan junta tentera Februari lalu, memberitahu Reuters ancaman itu dibuat terhadapnya dan pihak berkuasa AS memberikan perlindungan keselamatan kepada dirinya.

Pejabat Pendakwa Raya AS berkata, suspek Phyo Hein Htut, 28 dan Ye Hein Zaw, 20, kedua-duanya didakwa kerana melakukan konspirasi untuk menyerang dan melakukan tindakan ganas terhadap duta tersebut.

Kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Junta Myanmar sudah memecat Moe Tun sejak Februari lalu, namun, beliau masih kekal menjadi duta mewakili Myanmar kerana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengiktiraf pentadbiran tentera. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya