15 maut dalam serangan di barat Niger - Utusan Malaysia

15 maut dalam serangan di barat Niger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY: Seramai 15 orangn terbunuh dalam satu serangan di barat Niger, kata pihak berkuasa.

Menurut Kementerian Dalam Negeri menerusi kenyataan, serangan terbaharu pada Isnin lalu dilakukan oleh sekumpulan individu bersenjata yang menyasarkan `orang bekerja di lapangan’ di wilayah Banibangou, berdekatan sempadan Mali.

Banibangou terletak dalam wilayah tiga sempadan antara Niger, Burkina Faso dan Mali yang selama beberapa tahun menjadi lokasi serangan berdarah kumpulan militan.

Pada akhir bulan lalu, seramai 33 orang terbunuh oleh kumpulan bersenjata di kawasan yang sama.

Insiden itu mendorong Kementerian Dalam Negeri berjanji untuk melaksanakan kawalan keselamatan yang lebih ketat di wilayah itu dan membawa pihak yang bertangggungjawab ke muka pengadilan.

Pihak berkuasa membuat janji serupa pada masa lalu namun serangan masih berterusan dan dilakukan oleh kumpulan lelaki bersenjata yang melarikan diri ke Mali selepas melakukan serbuan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya