10 maut kemalangan jalan raya di Texas - Utusan Malaysia

10 maut kemalangan jalan raya di Texas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kemalangan jalan raya di Texas membabitkan sebuah trak yang disyaki membawa kira-kira 30 pendatang asing tanpa izin.

Menurut Jabatan Keselamatan Awam Texas, pasukan keselamatan sedang menyiasat kemalangan besar berlaku berhampiran Falfurrias, beberapa kilometer dari sempadan Mexico.

Stesen televisyen tempatan Valley Central melaporkan, sebuah trak berwarna putih merempuh tiang kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan) sehingga mengakibatkan 10 orang maut.

Penyeludup sering menggunakan kenderaan yang sesak dengan penumpang untuk menghantar pendatang dari sempadan.

Pada Mac lalu, seorang individu didakwa selepas sebuah trak bertembung dengan kenderaan yang sesak dengan penumpang di selatan California sehingga menyebabkan 30 orang maut.

Jumlah kehadiran pendatang ke Amerika Syarikat (AS) menunjukkan penurunan ketara ketika pandemik Covid-19.

Namun, bilangan itu dilaporkan meningkat sedikit pada 2020 sebelum melonjak tinggi sejak Joe Biden memegang jawatan sebagai presiden AS. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya