WHO ‘tidak hormati dan jahil sains’ - China - Utusan Malaysia

WHO ‘tidak hormati dan jahil sains’ – China

INSTITUT Virologi Wuhan dikaitkan dengan kebocoran eksperimen mengenai koronavirus. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Hubungan tegang China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semakin memuncak selepas Beijing semalam lantang menyelar usul agensi itu untuk mengaudit sejumlah makmal di negara ini sebagai siasatan lanjut mengenai asal usul Covid-19.

Beijing menyifatkan cadangan itu sebagai ‘tidak menghormati’ dan ‘jahil terhadap sains’.

WHO pada minggu lalu memaklumkan fasa kedua siasatan antarabangsa mengenai asal usul Covid-19 akan dimulakan, termasuk mengaudit beberapa makmal di China.

Cadangan itu dibuat selepas Amerika Syarikat (AS) menggesa supaya Institut Virologi Wuhan yang dipercayai ‘sumber kebocoran koronavirus’ disiasat secara teliti.

Usul yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus itu mengandungi beberapa garis panduan siasatan termasuk mengaudit makmal dan institut penyelidikan yang dikaitkan dengan kes jangkitan Covid-19 terhadap manusia pada Disember 2019.

Ghebreyesus merujuk kesemua makmal dan pusat penyelidikan yang perlu diaudit itu adalah di Wuhan.

Timbalan Menteri Kesihatan China, Zeng Yixin dalam sidang akhbar menzahirkan ‘rasa terkejut’ berhubung usul berkenaan yang disifatkannya ‘tidak menghormati logik sains’.

Teori konspirasi mengenai asal usul Covid-19 terus mendapat perhatian pelbagai pihak di seluruh dunia.

Kebanyakannya ‘menuding jari’ kepada China dan mendakwa virus maut itu dicipta dalam makmal sebelum terdedah kepada manusia.

Beijing sehingga kini sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan kesimpulan mengenai Covid-19 sudah pun diputuskan oleh pasukan penyiasat WHO ketika misi ke Wuhan pada Januari lalu.

Pengarah Makmal Keselamatan Bio Kebangsaan di Institut Virologi Wuhan, Yuan Zhiming menekankan, ‘tiada sebarang kebocoran patogen berlaku atau insiden jangkitan dalam kalangan petugas makmal’ dilaporkan sejak ia beroperasi pada 2018. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya