WHO pandang serius prosedur ubah suai gen manusia - Utusan Malaysia

WHO pandang serius prosedur ubah suai gen manusia

SOUMYA SWAMINATHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengeluarkan beberapa langkah yang boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam memastikan kajian mengenai mengubah suai gen digunakan untuk kebaikan dan tidak ‘lari dari tujuan asal’.

“Ketika kajian global semakin mendalami isu berkaitan genom manusia, kita perlu meminimumkan risiko dan manfaatkan kepentingan sains bagi menggalakkan kesihatan yang lebih baik,” kata Ketua Saintis WHO, Soumya Swaminathan.

Revolusi mengubah suai gen dimulakan dengan pembangunan peralatan seperti CRISPR-9 yang boleh mengubah asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan, tumbuh-tumbuhan serta mikroorganisma dengan ketepatan amat tinggi.

Pembangunan itu mempunyai potensi tinggi untuk melakukan diagnosis, rawatan dan pencegahan penyakit berkaitan gangguan genetik.

Namun, pada masa yang sama, teknologi itu boleh terdedah kepada penyalahgunaan yang tidak selamat dan beretika.

Pada 2018, WHO meminta sekumpulan pakar untuk mengkaji kesa mengubah suai gen manusia selepas seorang sainstis China mendakwa dia berjaya ‘menghasilkan bayi yang diubai suai gen pertama di dunia’.

Saintis He Jiankui mendakwa dia mengubah DNA kembar perempuan di selatan China bagi mencegah mereka daripada dijangkiti HIV, namun beliau menerima kecaman hebat.

Para saintis di seluruh dunia memberi amaran bahawa prosedur itu belum terbukti dan diuji, selain tidak beretika dan boleh memudaratkan.

WHO turut menyuarakan kebimbangan apabila seorang saintis dari Rusia ingin menggunakan CRISPR-9 bagi membantu ibu bapa pekak mendapatkan anak tanpa kecacatan yang dialami mereka.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mendesak semua negara supaya melarang pengubahsuaian genom manusia sehingga kes dan potensi mengenainya diuji secara teliti. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya