Wartawan cedera parah ditembak di Amsterdam - Utusan Malaysia

Wartawan cedera parah ditembak di Amsterdam

PETER R De Vries
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Seorang wartawan yang terkenal di Belanda dilaporkan cedera parah selepas ditembak di Amsterdam.

Lapor BBC, polis berkata, Peter R De Vries dibawa ke hospital dalam keadaan serius selepas ditembak di pusat bandar, semalam.

Jelas polis, tiga orang telah ditahan berkaitan insiden tembakan itu yang berlaku kira-kira 7.30 malam (waktu tempatan)

Polis memberitahu dua suspek ditahan ketika berada di dalam sebuah kereta di lebuh raya Leidschendam manakala seorang lagi ditangkap di Amsterdam.

Menurut stesen penyiar tempatan NOS, wartawan itu ditembak beberapa minit selepas membuat penampilan dalam satu rancangan bual bicara di televisyen.

Rakaman video menunjukkan wartawan itu terbaring di atas lantai dengan luka tembakan di bahagian kepalanya.

Jelas laporan NOS, beberapa saksi menyatakan lima das tembakan dilepaskan dari jarak dekat ke arah de Vires termasuk pada kepala mangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya