Warga emas kayuh basikal 15 km demi suntikan vaksin - Utusan Malaysia

Warga emas kayuh basikal 15 km demi suntikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI: Seorang warga emas berusia 64 tahun sanggup mengayuh basikal sejauh 15 kilometer (km) demi mendapatkan suntikan vaksin.

Lapor Tribunnews, kisah lelaki itu dirakamkan oleh seorang doktor, Dr. Helmiyadi Kuswardhana dalam akaun TikTok yang kagum dengan semangat Safar yang berasal dari Makassar.

Menurut Dr. Helmi, warga emas itu pada mulanya kelihatan berdiri di tengah-tengah semasa orang ramai mula beratur untuk menerima vaksin.

Akibat tersentuh hati melihat situasi itu, dia mula mendekati lelaki tersebut.

“Dia hanya berdiri dengan memakai baju biasa dan kasut yang sudah lusuh. Lalu, saya lihat jam tangannya sudah mati,” katanya.

Setelah dihampiri, rupanya Safar tidak tahu cara mendaftar vaksin secara dalam talian kerana tidak memiliki telefon bimbit.

Selepas menerima giliran vaksin, lelaki itu memberitahu dia sudah menunggu sejak awal pagi.

Bahkan, dia yang bekerja di tempat mencuci kereta di pinggir bandar Makassar terpaksa meminjam basikal kawannya untuk ke tempat suntikan vaksin.

“Dia tahu maklumat mengenai vaksin dari rakan sekerja dan terus meminjam basikal,” ujarnya.

Dr. Helmi berkata, Safar melepasi pemeriksaan terhadap peserta vaksin walaupun dia mengeluh sakit kaki selepas mengayuh basikal.

Lelaki itu berasa gembira selepas berjaya menerima suntikan vaksin kerana sudah datang dari jauh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya