Wanita usung jenazah dipercayai dapat elak jangkitan wabak Covid-19 - Utusan Malaysia

Wanita usung jenazah dipercayai dapat elak jangkitan wabak Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Kebiasaan keranda jenazah diusung oleh golongan lelaki, tetapi tidak di Madura apabila sekumpulan golongan emak-emak dilihat membawa jenazah ke tanah perkuburan.

Golongan lelaki yang berada di kawasan itu hanya melihat dan memberikan arahan kepada sekumpulan wanita membawa keranda itu.

Berdasarkan maklumat yang diterima, alasan keranda dibawa oleh golongan wanita dipercayai dapat mengelakkan jangkitan wabak Covid-19.

“Sekarang di Madura yang mengusung jenazah ke tanah kubur adalah wanita kerana alasannya agar wabak dapat dihindarkan supaya tiada lagi penduduk yang meninggal dunia,” tulis video itu.

Situasi itu menimbulkan persoalan sehingga menjadi perbincangan warga maya dalam media sosial.

“Wanita tidak boleh mengangkat jenazah kalau masih ada lelaki. Ini jelas menyimpang daripada ajaran Islam, ustaz di Madura pernah menjelaskan tentang perkara ini,” tulis seorang pengguna.

“Memang sudah menjadi adat di situ, kalau yang meninggal perempuan, yang mengangkat dan mengurus juga perempuan,” jelas @yokatta48. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya