Wanita terkejut kedudukan jantung di sebelah kanan dada - Utusan Malaysia

Wanita terkejut kedudukan jantung di sebelah kanan dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Seorang wanita terkejut selepas dia dimaklumkan oleh pakar perubatan bahawa jantungnya berada di sebelah kanan dada dan bukannya pada kedudukan normal iaitu di kiri dada.

Claire Mack, 19 hanya mengetahui dia mengalami keadaan ‘dextrocardia‘ selepas melakukan imbasan sinar-X bagi mencari punca dia batuk berpanjangan.

“Saya pergi ke unit kecemasan di sebuah hospital bagi mendapatkan suntikan tetanus kerana cedera terkena dawai besi dan kebetulan, batuk saya belum pulih dan saya minta doktor untuk memeriksa puncanya.

“Pada mulanya saya berasa lucu apabila doktor memaklumkan jantung saya berada di kanan dada dan bukannya kiri,” katanya.

Jelas Mack, pakar perubatan menjelaskan dextrocardia merupakan keadaan yang terjadi sejak lahir dan amat jarang berlaku.

Mack memberitahu, ibu bapanya juga terkejut dengan berita tersebut dan berasa bimbang akan kesihatannya.

“Saya tidak pernah melakukan imbasan sinar-X, jadi saya tidak pernah tahu kedudukan jantung saya berada di sebelah kanan.

“Doktor maklumkan saya boleh teruskan kehidupan seperti biasa dan amalkan gaya hidup sihat,” ujarnya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya