Wanita Islam di Jerman dilarang pakai tudung semasa bekerja  - Utusan Malaysia

Wanita Islam di Jerman dilarang pakai tudung semasa bekerja 

SEORANG peserta protes memegang sepanduk tertera 'Islamophobia bukan kebebasan' di luar kedutaan Perancis di London. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Kumpulan hak asasi manusia memberi amaran kepada golongan wanita beragama Islam yang boleh dikecualikan daripada menerima pekerjaan tertentu di Eropah selepas Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan larangan pemakaian hijab semasa bekerja.

Kes itu diperjuangkan oleh dua wanita Islam di Jerman yang seorang daripadanya merupakan penjaga individu berkeperluan khas manakala seorang lagi bekerja sebagai juruwang di butik kecantikan. 

Mereka berdua digantung tugas selepas memakai tudung di tempat kerja. 

Pada mulanya, mereka tidak memakai tudung semasa mula bekerja sebelum ini, namun, memutuskan memakai hijab kembali beberapa tahun kemudian. 

Menurut kertas pertuduhan, mereka sudah diberitahu supaya tidak memakai tudung dan diarahkan datang bekerja semula tanpa memakai tudung atau mencari pekerjaan lain. 

Mahkamah Keadilan EU yang berpusat di Luxembourg perlu memutuskan sama ada larangan bertudung mengganggu kebebasan beragama atau dibenarkan sebagai sebahagian daripada kebebasan menjalankan perniagaan. 

Larangan tersebut dibenarkan sekiranya terdapat keperluan majikan untuk memberikan gambaran yang neutral kepada pelanggan. 

Mahkamah berkata, larangan memakai apa-apa bentuk ekspresi yang dapat dilihat daripada kepercayaan politik, falsafah atau agama di tempat kerja mungkin dibenarkan mengikut keperluan majikan untk menunjukkan imej yang neutral terhadap pelanggan atau mengelakkan pertikaian sosial. 

“Namun, kebenaran itu perlu selari dengan keperluan sebenar daripada pihak majikan dalam mendamaikan hak dan kepentingan yang menjadi permasalahan. 

“Mahkamah perlu mempertimbangkan konteks khusus dari negara anggota khususnya negara yang mengutamakan perlindungan terhadap kebebasan beragama,” jelasnya. -AGENSI  

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya