Wanita cetus kekecohan buka baju di tepi jalan di Palembang - Utusan Malaysia

Wanita cetus kekecohan buka baju di tepi jalan di Palembang

TANGKAP layar video menunjukkan seorang wanita separuh bogel berjalan di tepi jalan di Sukarai, Palembang, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Penduduk di sekitar Sukarami dihebohkan dengan kisah seorang wanita yang menanggalkan pakaiannya di tepi jalan raya semalam.

Lapor Tribunnews, wanita itu kini sudah ditahan dan diletakkan di bawah Jabatan Sosial Palembang.

Jurucakap polis Sukarami, Undarson berkata, identiti wanita itu belum diketahui kerana dia enggan berkomunikasi.

Katanya, polis dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima laporan mengenai seorang wanita yang hanya berpakaian dalam di Jalan Soekarno-Hatta Palembang.

“Selepas polis tiba, wanita itu diberi pakaian dan dibawa ke balai polis.

“Ketika tiba di balai polis, wanita itu cuba melarikan diri, namun sempat dihalang,” katanya.

Jelas Undarson, motif wanita itu menanggalkan pakaian masih belum diketahui, selain menolak unsur penderaan berlaku padanya.

“Polis tidak menemukan sebarang kecederaan atau kesan penderaan pada tubuhnya.

“Dia kelihatan seperti mabuk namun enggan berkomunikasi,” ujarnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya