Wajah kegembiraan jemaah selesai menunaikan haji - Utusan Malaysia

Wajah kegembiraan jemaah selesai menunaikan haji

JEMAAH haji berswafoto dan akan kembali ke rumah masing-masing selepas selesai menunaikan haji. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Wajah kegembiraan jelas kelihatan selepas jemaah selesai menunaikan ibadah haji tahun ini, biarpun terikat dengan prosedur kesihatan yang ketat.

Saudi Gazette melaporkan, senyuman kegembiraan menemani mereka sepanjang perjalanan haji di tengah penjagaan yang sangat baik yang diberikan pasukan keselamatan serta sektor kesihatan dan swasta.

ANTARA jemaah yang tidak melepaskan peluang bergambar kenangan selepas selesai menunaikan ibadah haji. – AGENSI

Mereka kini memulakan persiapan untuk pulang dengan selamat di berbagai wilayah di negara ini.

Hampir 60,000 jemaah terpilih, terdiri daripada penduduk tempatan dan warga asing yang mendiami negara ini, memuji perkhidmatan tersebut dan juga usaha tulus yang dilakukan oleh pelbagai sektor keselamatan dan perkhidmatan yang menyumbang kepada kejayaan penganjuran musim haji.

Organisasi haji tahun ini berjaya menghantar mesej positif ke seluruh dunia mengenai kemampuan Arab Saudi menguruskan jemaah di tengah keadaan semasa yang sedang dihadapi dunia kerana Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya